PENERANGAN AWAL
Pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana menyebabkan penipisan lapisan ozon dan menyumbang kepada gelombang haba di Asia Tenggara, dengan suhu yang melebihi 40°C. Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan meningkatkan kesan rumah hijau dan suhu global. Ini membawa kepada masalah kesihatan seperti strok haba, menjejaskan produktiviti pertanian , serta memberi tekanan kepada ekosistem dan habitat hidupan liar.
Oleh itu, FELDA ingin memainkan peranan penting dalam mengurangkan pemanasan global dengan pengamalan pertanian lestari terutama dalam industri kelapa sawit. Justeru itu, kaji selidik ini dilaksanakan bagi memahami situasi dan kefahaman sediada masyarakat terutama warga FELDA berkaitan ekonomi lestari.
PENAFIAN
Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan mengukur tahap pemahaman dan penerimaan responden berkaitan Ekonomi Lestari (Sustainable Economy) dan Ekonomi Kitaran (Circular Economy) semata-mata. Maklumat yang dikumpul hanya untuk kegunaan dalaman FELDA sahaja.